Waktu Sekarang

Isnin, 19 November 2007

RECORDA

RECORDA atau nama penuhnya Wilayah Pembangunan Koridor Sarawak akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri ABudullah Ahmad Badawi dalam bulan Disember.

RECORDA akan dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan RMK-10.

RECORDA yang meliputi Similajau di bahagian Bintulu hingga ke Tanjung Manis di bahagian Mukah, akan membawa banyak manfaat kepada negeri dan penduduknya. dengan pelaksanaan Recorda, populasi di kawasan tengah negeri ini dijangka bertambah kira-kira 200,000 lagi daripada 800,000 sekarang.

Ketua Menteri menasihatkan rakyat supaya bersiap sedia untuk memanfaatkan peluang pekerjaan dan perniagaan diwujudkan Recorda. Beliau mahu pelajar memilih jurusan teknikal, kewangan dan pengurusan supaya boleh menambah nilai perkhidmatan yang akan diberikan oleh mereka kelak.

Kepada penduduk luar bandar yang tinggal berselerak di sekitar kawasan Recorda, mereka patut berkumpul dan pindah ke kawasan yang mudah dihubungi dan untuk mengekalkan hubungan rapat antara mereka kerana dengan perubahan dan pembangunan yang bakal berlaku di kawasan itu, ia akan turut membawa bersama impak sosial yang baik dan juga buruk.

Tiada ulasan: