Waktu Sekarang

Isnin, 12 November 2007

Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda PBB Ke 11 (Bhgn 6)

10 November 2007

Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda PBB Sarawak Ke 11 disambung semula. Hari ini adalah merupakan hari yang terakhir. Sebelum perbahasan usul-usul di mulakan, Pengerusi Tetap YB Datuk Douglas Unggah Embas telah meminta semua ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda PBB Sarawak Sesi 2007-2020 yang telah dipilih untuk duduk di hadapan di tempat yang telah disediakan.
Perbentangan usul-usul dimulakan oleh Sdra Mohd Kamaludin dengan usul Ekonomi dan kemudian Sdra Campbell dengan usul Pendidikan dan Sdra Abg Ismawi dengan usul Sosial.

Sebahagian daripada perwakilan dan pemerhati yang sedang mendengar usul-usul yang dibahaskan.

Sdra Campbell Apau sedang membentang usul Pendidikan


Pada sebelah petang, beberapa usul telah dibahaskan oleh beberapa orang perwakilan dan akhir sekali adalah penggulungan daripada Ketua Pemuda PBB yang baru iaitu YB Hj Fadillah Hj Yusuf. Dalam ucapan penggulungan tersebut, beliau memberi keutamaan untuk 3 bulan pertama untuk Pemuda PBB memastikan BN dan PBB mencapai kecemerlangan besar dalam Pilihanraya Parlimen yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Beliau terus berpesan agar Pemuda PBB merapat hubungan dari peringkat ranting hingga ke pucuk pimpinan dengan hati terbuka penuh keikhlasan dalam menegakkan perjuangan dimana kita berjuang secara sukarela atas dasar kesetiaan kepada parti sebagaimana yang telah dilakukan oleh pemimpin terdahulu yang tidak mementingkan diri sendiri.

Beliau terus berpesan agar Pemuda PBB mengikis sikap hasad dengki dan sebaiknya berjuang dalam satu pasukan sebagaimana yang telah dipesankan oleh mantan Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda PBB YB Hj Abdul Karim Rahman Hamzah dan juga Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji ABdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak merangkap Yang Dipertua PBB.

Selain daripada itu, beliau merangka beberapa rancangan untuk menambah baikan struktur parti supaya dapat diurus tadbir dengan baik. Antaranya ialah semua ketua Pemuda PBB Cawangan akan dimasukkan ke dalam ahli jawatankuasa negeri sebagai ex-officio agar mereka sama-sama terlibat secara langsung memperjuangkan suara ahli-ahli diperingkat ranting, cawangan dan negeri dan pada peringkat sub komiti pula akan ditubuhkan biro diperingkat zon masing-masing dalam usaha mencambahkan fikiran dan mengenal pasti program Pemuda di semua peringkat.
Selepas ucapan penggulungan daripada Ketua Pergerakan Pemuda PBB, maka mesyuarat agung Pergerakan Pemuda PBB telah ditangguhkan kepada suatu masa yang akan diberitahu kelak.


N7 Samariang N8 Satok


Perwakilan dan Pemerhati N46 Dudong bersama Ketua Pergerakan Pemuda PBB YB Hj Fadillah Hj Yusuf


Sdra Abdul Ghani dan Sdra Suhardy bersama mantan Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda PBB, YB Hj Abdul Karim Rahman Hamzah




Suasana di ruang legar selepas penangguhan mesyuarat agung Pergerakan Pemuda PBB.
BERSAMA MENEMPUH GELOMBANG PEMBANGUNAN KEDUA
BERKORBAN BERSATU MENJAMIN KEMAJUAN
Jika ingin melihat foto-foto sila klik pada link ini :
Bahagian ini adalah merupakan bahagian yang terakhir dalam laporan saya untuk Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda PBB Sarawak Ke 11 dan saya ingin memohon kemaafan jika ada kesilapan kata atau nama atau bahasa semasa menyediakan laporan ini yang mungkin akan menyinggung mana-mana pihak yang terlibat.
Wassalam.

Tiada ulasan: