KAPIT, 27 Jul: Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diseru agar memantapkan kedudukan parti serta merapatkan ikatan persaudaraan di kalangan ahlinya.
“Kita amat bangga kerana berada dalam sebuah parti yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri di samping struktur parti yang semakin kuat,” kata Pemangku Ketua Pemuda PBB Sarawak Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.
“Namun begitu, kita perlu ingat bahawa kekuatan dan kekukuhan parti tidak wujud begitu sahaja tanpa sebarang usaha gigih pucuk pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri sejak dari awal penubuhan PBB.
“Seperti parti-parti politik lain, PBB juga pernah melalui pergolakan dalaman yang menjadikannya lebih matang,” ujar Karim sambil menambah, sejarah banyak memberi pengajaran kepada PPB dalam menangani isu-isu politik di negeri ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Wanita PBB Cawangan Pelagus dan Baleh yang berlangsung di Dewan Serbaguna Sri Baleh, lewat petang semalam.
Menurut Karim lagi, adalah amat penting bagi setiap ahli parti mengetahui sejarah awal penubuhan PBB.
Penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang ketika itu menyandang jawatan Setiausaha Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA).
Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pula merupakan salah satu bekas parti peringkat negeri yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962. Parti ini juga merupakan parti politik kedua kaum Iban selepas Parti Kebangsaan (SNAP) yang didaftarkan pada Mac 1961.
Namun demikian, pada 30 April 1973, tiga buah parti politik Sarawak iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), BARJASA dan PESAKA telah bergabung dengan Parti Bumiputera untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
“Percantuman ini adalah berdasarkan perjuangan untuk meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaum bumiputera dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi dan sosial,” jelas Karim.
“Antara tahun 1963 dan 1966, politik Sarawak mengalami pergolakan yang hebat disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis yang sesetengahnya berbau perkauman.”
Katanya, kewujudan PBB sebagai komponen terbesar dalam BN negeri telah berjaya mengukuhkan kedudukan kaum bumiputera.
“Sejak penubuhannya, keahlian PBB telah meningkat dengan mendadak sehingga kini terdapat 56 bahagian,” tambah beliau.
“Ahli-ahlinya pula telah menjangkau 300,000 orang, dengan lebih 1,000 cawangan di seluruh negeri. Ia (PBB) disokong penuh oleh kaum bumiputera, terutamanya golongan Melayu-Melanau, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.”
Menyentuh mengenai senario politik tempatan semasa terutama yang membabitkan krisis dalaman parti-parti komponen BN negeri lain, Karim menasihatkan agar semua ahli PBB bersikap berkecuali serta memperkuatkan diri untuk menjaga maruah parti.
Mengenai ura-ura kewujudan kumpulan Jawatankuasa Penaja Umno Sarawak (JPUNS), beliau menyifatkan golongan berkenaan sebagai “political reject” serta mempunyai agenda tertentu kerana mereka merupakan di kalangan ahli perniagaan atau ahli yang kecewa.
“Saya rasa, cukuplah parti yang kita ada sekarang,” tegas Karim.
Mengakhiri ucapannya, Karim menyeru Pergerakan Pemuda dan Wanita yang bermesyuarat agar mengemukakan usul supaya Alexander Nanta Linggi dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi P.215 Kapit dalam pilihan raya Parlimen akan datang demi memastikan kesinambungan pembangunan di kawasan Kapit.
“Saya yakin bahawa pucuk pimpinan BN tidak akan mengetepikan pemimpin seperti Alexander yang mempunyai kepimpinan yang dinamik serta berkebolehan sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat berdasarkan pengalaman dan ‘track record’ beliau sejak dua penggal lalu,” katanya.
Turut berucap ialah pengerusi pengelola, Kaunselor Jefferson Jamit Unyat; Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan N.54 Pelagus, Petter George Segie; Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri selaku Ketua Pemuda Cawangan N.56 Baleh, Daniel Jubang Temenggong Datuk Kenneth Kanyan dan Ahli Parlimen Kapit selaku Ketua PBB Cawangan N.54 Pelagus, Alexander Nanta Linggi.
Hadir sama ialah Ahli Majlis Tertinggi PBB Sarawak selaku Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Kr. Watson Bangau; Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri selaku Ahli Exco Pemuda PBB Sarawak, Awangku Jamaluddin bin Pengiran Kon; Ahli Exco Pemuda PBB Sarawak selaku Walikota Sri Aman, Mikai Mandau; Ahli-ahli Exco Pemuda PBB Sarawak, Campbell Apau dan Alvin Rungah Jimbun; Ketua Pergerakan Wanita PBB Pelagus, Puan Philomena dan Ketua Pergerakan Wanita PBB Baleh, Buning Sugit
Utusan Borneo 28/07/2007

Tiada ulasan:
Catat Ulasan