Waktu Sekarang

Khamis, 2 September 2010

Merah Darahku, Putih Tulangku, Garuda di dadaku

Kalau kita lapar itu biasa
Kalau kita malu itu juga biasa
Namun kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar!
Kerahkan pasukan ke Kalimantan hajar cecunguk Malayan itu! Pukul dan sikat jangan sampai tanah dan udara kita diinjak-injak oleh Malaysian keparat itu
Doakan aku, aku kan berangkat ke medan juang sebagai patriot Bangsa, sebagai martir Bangsa dan sebagai peluru Bangsa yang tak mau diinjak-injak harga dirinya.
Serukan serukan keseluruh pelosok negeri bahwa kita akan bersatu untuk melawan kehinaan ini kita akan membalas perlakuan ini dan kita tunjukkan bahwa kita masih memiliki Gigi yang kuat dan kita juga masih memiliki martabat.
 Yoo...ayoo... kita... Ganjang... Ganjang... Malaysia Ganjang... Malaysia Bulatkan tekad Semangat kita badja Peluru kita banjak Njawa kita banjak Bila perlu satoe-satoe!

Soekarno feat -b3Ku-
This Blog has been Frozen by Indonesian Newbie
-b3Ku-

Isnin, 12 April 2010

Penghormatan terakhir kepada YB Datuk Robert Lau Hoi Chew

Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Dudong bersama Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Pelawan, Bukit Assek, Bawang Assan dan Nangka telah mengiringi YB Fadillah Haji Yusof, Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak untuk memberi penghormatan terakhir kepada YB Datuk Robert Lau Hoi Chew di kediaman mendiang di Jalan Bruang, Sibu.


YB Datuk Robert Lau Hoi Chew adalah merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal bermula dari tahun 1990.

Sabtu, 13 Februari 2010

Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda PBB Sarawak ke- 12

Salam Satu Malaysia,

Untuk makluman semua ahli, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita & Pemuda Sarawak kali ke- 12 akan berlangsung dari 27 sehingga 28 Februari ini bertempat di Pusat Biro Konsvensyen Sarawak (Sarawak Bureau Convention, Kuching).
Perhimpunan Agung PBB pula akan berlangsung dari 1 sehingga 5 March 2010.Kepada semua perwakilan & pemerhati yang terlibat dengan konvensyen ini, Pergerakan Pemuda PBB Negeri ingin mengucapkan selamat bersidang.
Perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan terbesar yang pernah didakan dalam sejarah PBB di mana lebih daripada 5, 000 perwakilan & pemerhati yang terdiri daripada ahli- ahli PBB terlibat.
Majlis Perhimpunan Agung dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najin Tun Razak.

Tema: "TRANSFORMASI RAKYAT UNTUK MENCAPAI EKONOMI BERPENDATAN TINGGI".

Isnin, 2 November 2009

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Dudong


Mesyuarat permilihan Ahli Jawatankuasa yang baru bagi Sesi 2009-2012 yang telah diadakan pada 01 November 2009 bertempat di Hotel Premier yang telah diselaraskan oleh Saudara Hamzah Ibrahim, ahli exco Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak.

Pada mesyuarat tersebut kesemua jawatan telah menang tanpa bertanding di mana Saudara Adbul Ghani Hj Sulhi telah mengekalkan jawatan Ketua Pemuda manakala Saudara Suhardy Hj Busserah juga telah mengekalkan jawatan sebagai Naib Ketua. Manakala barisan AJK pula terdiri daripada campuran muka lama dan baru. Selepas pemilihan tersebut, selepas hasil perbincangan telah mengumumkan barisan ahli-ahli jawatankuasa lantikan.

Senarai penuh ahli-ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Dudong Sesi 2009-2012 adalah seperti berikut :

JAWATAN

NAMA

CATATAN

Ketua Pergerakan

Pemuda

Abdul Ghani Hj Sulhi

Ranting Sukun

Naib Ketua

Suhardy Hj Busserah

Ranting KUB No 3

Setiausaha

Abg Aldrin B Abg Othman

Ketua Pemuda Ranting Sibujaya

Penolong Setiausaha

Nusyirwan Adil B Jamali

Ketua Pemuda Ranting Sukun

Bendahari

Muhammadye B Pandi

Ketua Pemuda Ranting KUB No 3

Penolong Bendahari

Reduan B Ahmad

Ketua Pemuda Ranting KUB No 2

Ketua Penerangan

Fauzi B Dayak

Ketua Pemuda Ranting KUB No 1

Penolong

Ketua Penerangan

Abdul Rahman B Idris

Ketua Pemuda Ranting KUB No 5

Ahli Jawatankuasa

Amran B Rakli

Ketua Pemuda Ranting KUB No 4

Mohd Ali B Pailan

AJK Pemuda Ranting KUB No 1

Hasbi B Isa

AJK Pemuda Ranting KUB No 3

Ramlan B Adenan

Ketua Pemuda Ranting Kpg Banyok

Faizal B Abdullah

AJK Pemuda Ranting KUB No 5

Reduan B Abdullah

AJK Pemuda Ranting Sibujaya

Donnie Entri

AJK Pemuda Ranting Sukun

Jamil B Busran

AJK Pemuda Ranting KUB No 4

Azmi B Ahad

AJK Pemuda Ranting Banyok

Selasa, 6 Oktober 2009

Program Jom Berambeh Ngan Pemuda PBB

Pergerakan Pemuda PBB Zon 10, iaitu terdiri daripada PBB Cawangan-Cawangan N45 Bukit Assek, N46 Dudong, N47 Bawang Assan, N48 Pelawan dan N49 Nangka yang diketuai oleh Pengerusi PBB Pemuda Zon 10 iaitu Saudara Mohd Kamaluddin Hj Mohd Effendie dan Timbalan Pengerusi Sdra Mohamad Yusnar Matalie telah menganjurkan Program Jom Berambeh Ngan Pemuda PBB yang bermula dari 2-4 Oktober 2009.

Antara Program Program yang telah dianjurkan adalah seperti berikut :

02 Oktober 2009 :
Majlis kesyukuran di Surau Darul Husna, Sibujaya
03 Oktober 2009 :
Senamrobik, Majlis Pelancaran Program Jom Berambeh Ngan Pemuda, Pameran, Seminar kerjaya, Program Kemasyarakatan di Kampung Dato' dan Kampung Hilir & Majlis Ramah Tamah
04 Oktober 2009 : Gotong royong & program kemasyarakatan di Bawang Assan

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak, YB Fadillah Haji Yusof. Turut hadir pada program tersebut adalah exco-exco Pemuda Negeri Sarawak, Sdra Gerald Rentap Jabu (Setiausaha), Sdra Awangku Jenal Abidin (Bendahari), Sdra Narudin Sidi (Ketua Penerangan), Sdra Hamzah Hj Ibrahim (AJK), Sdra Pandi Suhaili (AJK), Sdra Romeo Chisthoper Tegong (AJK), Sdra Jampi Tutong (AJK), Sdra Yahya Salim (AJK) dan Sdra Ripin Lamat (AJK).

ADUN Nangka, YB Dato' Awang Bemee Hj Awang Ali Basah telah turut serta sepanjang program tersebut.







Sila klik pada tajuk disetiap foto untuk meliha foto-foto yang lain.

Sabtu, 19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

pemuda raya

Semua Ahli Jawatankuasa Cawangan dan Ranting-Ranting Pergerakan Pemuda PBB N46 Dudong ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat dan rakan. Maaf Zahir Batin

Ahad, 23 Ogos 2009

Gotong royong membersih kawasan perkuburan Islam, Sibu

Pergerakan Pemuda PBB Ranting Kampung Usahajaya Baru No 2 telah mengadakan program kemasyarakatan, di mana mereka telah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan tanah perkuburan Islam di Sibu pada 22 Ogos 2009 bersamaan 1Ramadahan 1430H. Ketua Ranting iaitu Sdra Raduan Ahmad telah mengetuai program tersebut dan turut di bantu oleh Ketua Ranting KUB No 2, iaitu Hj Busserah Mohamad.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat memberitahu kepada golongan pemuda bahawa PBB bukan hanya sebuah parti politik sahaja dan golongan pemuda bukan hanya bekerja di waktu pilihanraya. Malah ianya juga boleh merangkumi dari segi keagamaan, kemasyarakatan, sukan dan malahan dari segi sosial.

Turut hadir untuk menyertai program tersebut adalah ADUN Nangka, YB Datuk Awang Bemee. Turut serta, Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Dudong, Sdra Abdul Ghani Hj Sulhi dan juga Setiausaha PBB Cawangan Dudong, Cr Jamil Julaihi.