Waktu Sekarang

Ahad, 23 Ogos 2009

Gotong royong membersih kawasan perkuburan Islam, Sibu

Pergerakan Pemuda PBB Ranting Kampung Usahajaya Baru No 2 telah mengadakan program kemasyarakatan, di mana mereka telah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan tanah perkuburan Islam di Sibu pada 22 Ogos 2009 bersamaan 1Ramadahan 1430H. Ketua Ranting iaitu Sdra Raduan Ahmad telah mengetuai program tersebut dan turut di bantu oleh Ketua Ranting KUB No 2, iaitu Hj Busserah Mohamad.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat memberitahu kepada golongan pemuda bahawa PBB bukan hanya sebuah parti politik sahaja dan golongan pemuda bukan hanya bekerja di waktu pilihanraya. Malah ianya juga boleh merangkumi dari segi keagamaan, kemasyarakatan, sukan dan malahan dari segi sosial.

Turut hadir untuk menyertai program tersebut adalah ADUN Nangka, YB Datuk Awang Bemee. Turut serta, Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Dudong, Sdra Abdul Ghani Hj Sulhi dan juga Setiausaha PBB Cawangan Dudong, Cr Jamil Julaihi.

Tiada ulasan: