Waktu Sekarang

Selasa, 6 Oktober 2009

Program Jom Berambeh Ngan Pemuda PBB

Pergerakan Pemuda PBB Zon 10, iaitu terdiri daripada PBB Cawangan-Cawangan N45 Bukit Assek, N46 Dudong, N47 Bawang Assan, N48 Pelawan dan N49 Nangka yang diketuai oleh Pengerusi PBB Pemuda Zon 10 iaitu Saudara Mohd Kamaluddin Hj Mohd Effendie dan Timbalan Pengerusi Sdra Mohamad Yusnar Matalie telah menganjurkan Program Jom Berambeh Ngan Pemuda PBB yang bermula dari 2-4 Oktober 2009.

Antara Program Program yang telah dianjurkan adalah seperti berikut :

02 Oktober 2009 :
Majlis kesyukuran di Surau Darul Husna, Sibujaya
03 Oktober 2009 :
Senamrobik, Majlis Pelancaran Program Jom Berambeh Ngan Pemuda, Pameran, Seminar kerjaya, Program Kemasyarakatan di Kampung Dato' dan Kampung Hilir & Majlis Ramah Tamah
04 Oktober 2009 : Gotong royong & program kemasyarakatan di Bawang Assan

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak, YB Fadillah Haji Yusof. Turut hadir pada program tersebut adalah exco-exco Pemuda Negeri Sarawak, Sdra Gerald Rentap Jabu (Setiausaha), Sdra Awangku Jenal Abidin (Bendahari), Sdra Narudin Sidi (Ketua Penerangan), Sdra Hamzah Hj Ibrahim (AJK), Sdra Pandi Suhaili (AJK), Sdra Romeo Chisthoper Tegong (AJK), Sdra Jampi Tutong (AJK), Sdra Yahya Salim (AJK) dan Sdra Ripin Lamat (AJK).

ADUN Nangka, YB Dato' Awang Bemee Hj Awang Ali Basah telah turut serta sepanjang program tersebut.







Sila klik pada tajuk disetiap foto untuk meliha foto-foto yang lain.

Tiada ulasan: