Pergerakan Pemuda PBB Ranting Sibu Jaya telah mengadakan Kejohanan Futsal Terbuka Sibujaya 2009 pada 08-09/08/2009 bertempat di Stadium Tertutup Bukit Lima, Sibu. Kejohanan 2 hari itu telah menarik minat sebanyak 36 pasukan untuk turut serta.

Jawatankuasa penganjur besama pasukan Manthezz dan V8 sebelum perlawanan akhir bermula.

Ketua Pergerakan Pemuda PBB Ranting Sibujaya, Sdr Abg Aldrian (berdiri) bersama Ketua Ranting PBB Sibujaya, Sdr Morshidi (duduk) sedang sibu menjalankan tugas.

En Morshidi Federick mewakili Datuk Awang Bemee, merasmikan kejohanan sebelum perlawanan akhir dimulakan.

En Morshidi Federick menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan, Pasukan Manthezz dari Kota Samarahan. Pasukan Manthezz telah menewaskan Pasukan V8 dengan jaringan gol 3-0. Johan menerima hadiah sebanyak RM1,000.00 berserta medal, Naib Johan, V8 menerima hadiah sebanyak RM500.00 berserta medal manakala tempat ketiga bersama iaitu HJR dan HDC masing-masing menerima hadiah RM150.00 berserta medal.

Sdr Abg Aldrian menyampaikan cenderamata kepada En Morshidi Federick.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan