Waktu Sekarang

Jumaat, 14 Ogos 2009

Forum Perdana Islam : Ramadhan Menjelang Lagi

Alhamdulillah Forum Perdana Islam yang bertajuk Ramadhan Menjelang lagi : Amalan atau Pembaziran anjuran Pergerakan Pemuda PBB N46 Dudong telah diadakan pada 13 Ogos 2009 bertempat di Masjid Al-Muhajirin, Kampung Usahajaya Baru yang dihadiri oleh golongan pemuda-pemuda dan juga penduduk-penduduk sekitar Kampung Usahajaya Baru. Turut hadir pada forum tersebut adalah YB Abu Seman yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung PBB, Setiausaha Politik Ketua Menteri dan merangkap ADUN Jemoreng.

YB Abu Seman bersama jemaah, sedang khusuk mendengar forum.

Penduduk-penduduk kampung yang hadir.


Ketua Pemuda PBB N46 Dudong, Saudara Abdul Ghani memberi ucapan.

YB Abu Seman sedang memberi ucapan dan merasmikan forum perdana.


Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Saudara Abdul Ghani, bersama Ketua-ketua pemuda ranting, Saudara Reduan dan Saudara Amran memberi cenderahati kepada YB Abu Seman. Turut bersama, Setiausaha Cawangan Dudong, Cr Jamil dan Timbalan Pengerusi Masjid Al-Muhajirin, Hj Ekram.


YB Abu Seman menyampaikan cenderahati kepada salah seorang penceramah.

Tiada ulasan: