Setelah berlakunya peristiwa yang mengejutkan pada pilihanraya yang lepas dan sedar kuasa dan pengaruh blog kepada masyarakat, beberapa pemimpin BN telah berusaha untuk berinteraksi dengan masyarakat.
Sebagai langkah permulaan, Menteri Penerangan yang baru Dato' Ahmad Shabery Cheek ingin mengadakan pertemuan dengan penulis blog :
Baru-baru ini Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyarankan semua pemimpin BN khususnya UMNO mewujudkan laman blog masing-masing bagi menerangkan aktiviti selain membolehkan masyarakat berinteraksi secara terus dengan pemimpin tanpa mengira waktu.
Diantara pemimpin-pemimpin UMNO yang telah mempunyai blog adalah :
Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo : Cetusan Dr Mohamad Khir Toyo
YB Dato Shahrir Samad : Shahrir Samad
Oleh itu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak harus mengikuti jejak langkah UMNO menyarankan semua pemimpin mewujudkan laman blog.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan