Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Negeri Sarawak, YB Hj Fadillah Hj Yusuf telah mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan menyimpan rahsia sebagai Timbalan Menteri hari ini (19 Mac 2008). Acara penuh istiadat itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri, Istana Negara . Selepas mengangkat sumpah pada istiadat hari ini, YB Haji Fadillah menandatangani watikah pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Sila klik dibawah untuk sedutan video upacara tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan