Proses penamaan calon telah diadakan pada 24 Februari 2008 di Sibu. Dua kawasan Parlimen diwakili oleh dua calon dari Barisan Nasional dari SUPP iaitu YB Datuk Tiong Thai King yang akan bertanding di kawasan Parlimen P211 Lanang dan YB Dato' Robert Lau Hoi Chiew yang akan bertanding di kawasan Parlimen P212 Sibu.
Semasa proses penamaan calon di Dewan Suarah Sibu dan Perpustakaan Awam Sibu, keadaan amat tenteram dimana penyokong-penyokong Barisan Nasional telah sedia menunggu calon-calon untuk datang. Ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu cawangan Dudong turut serta dalam menghantar calon ke tempat penamaan calon yang diketuai oleh ketua PBB Cawangan Dudong YBhg Dato' Hj Bustari.
Walaupun hujan rintis semasa penamaan calon, ia tidak mematahkan semangat ahli-ahli PBB Dudong untuk datang menyokong YB Datuk Tiong Thai King.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan