Waktu Sekarang

Jumaat, 22 Februari 2008

Calon Pergerakan Pemuda PBB

Tahniah diucapkan kepada Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Negeri Sarawak kerana telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada Pilihanraya Parlimen Ke 12 akan datang ini. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Cawangan N46 Dudong ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu yang juga Pengerusi BN Negeri Sarawak YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Pergerakan Pemuda PBB amat berbangga dan syukur kerana Pergerakan Pemuda PBB telah diberi satu lagi kerusi. Bersama-samalah kita bersatu untuk memastikan yang calon-calon Pergerakan Pemuda PBB akan menang dengan majoriti yang tinggi.
Marilah kita bersama-sama memastikan yang calon-calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu khasnya and calon Barisan Nasional amnya menang di setiap kawasan Parlimen yang ditandingkan.
Berkorban bagi memastikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu menjadi sebuah parti yang cemerlang and marilah kita semua bersatu untuk memastikan Sarawak akan lebih gemilang demi menjamin kemajuan Sarawak yang lebih terbilang.

Tiada ulasan: