This 9-storey high building will be the venue for future Sarawak's state legislative assembly sittings. The distinctive "payung" roof of the new DUN complex is an icon for Sarawak.
The architecture of the complex combines unique elements of Sarawak's heritage with state-of-the-art intelligent building automation systems, multimedia communication facilities, and environmentally-friendly features. The complex covered 172 acre development at Pangkalan Sapi on the banks of Sarawak River, Petra Jaya, Kuching.
The architecture of the complex combines unique elements of Sarawak's heritage with state-of-the-art intelligent building automation systems, multimedia communication facilities, and environmentally-friendly features. The complex covered 172 acre development at Pangkalan Sapi on the banks of Sarawak River, Petra Jaya, Kuching.
Petikan akhbar Borneo Post (17 September 2007) :
DUN baru lambang kejayaan rakyat
KUCHING, 16 Sept: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bangga dengan tersergam indahnya kompleks baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang melambangkan kejayaan impian bersama seluruh rakyat negeri ini.
“Alhamdullillah… kejayaan pembinaan bangunan baru DUN Sarawak telah menggambarkan kejayaan yang diimpikan seluruh rakyat negeri ini berlandaskan perjuangan kemerdekaan,” katanya.
Berucap pada majlis penurapan akhir simen ke atas bangunan baru DUN di pinggir Sungai Sarawak, Petra Jaya di sini hari ini, Pehin Sri Taib merakamkan rasa syukur atas kejayaan Sarawak membina bangunan DUN baru yang unik itu.
Hadir sama ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Speaker DUN Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Pehin Sri Taib berkata, tarikh 16 September (hari ini) sempena kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia amat signifikan dengan majlis penurapan akhir simen bangunan DUN baru itu yang melambangkan kejayaan perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini.
Katanya, kemerdekaan yang kita capai 44 tahun lalu telah terbukti dengan terdirinya bangunan DUN baru yang serba indah dan hebat itu.
“Saya amat sensitif dengan nasib negeri Sarawak dan Malaysia amnya… justeru apabila DUN baru ini didirikan sebagai rumah kerajaan menghimpunkan Ahli-Ahli Yang Berhormat maka saya rasa bangga kejayaan yang kita buat untuk rakyat.
“Kejayaan ini digambarkan sebagai perjuangan kita kepada rakyat yang telah diterjemahkan sebagai satu impian menjadi kenyataan,” katanya berbangga dengan pembinaan kompleks DUN baru itu.
Ketua Menteri berkata, rakyat juga bekerja keras bagi memastikan kejayaan pembangunan dapat dikecapi bersama justeru mengekalkan perpaduan pelbagai kaum.
Pehin Sri Taib menarik perhatian, konsep reka bentuk dan ciri-ciri unik bangunan DUN baru itu juga melambangkan perpaduan kukuh di kalangan rakyat di negeri ini.
Malah, katanya, struktur unik pembinaan bangunan kemegahan rakyat Sarawak itu pasti mampu menarik perhatian para pelancong sekali gus merancakkan industri pelancongan negeri ini.
“Saya memilih lokasi strategik bangunan DUN baru itu di pinggir Sungai Sarawak bagi mengindahkan pemandangan panorama Bandaraya Kuching yang berdekatan Wisma Bapa Malaysia, Kompleks DUN yang ada sekarang dan Astana Negeri,” ujarnya.
Justeru, Pehin Sri Taib berharap dengan tersergamnya bangunan DUN baru itu maka ia akan menjadi satu lagi sejarah buat generasi akan datang.
Terdahulu Asfia menjelaskan, kompleks baru DUN itu mula dibina pada Julai 2005 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Mac tahun depan.
Katanya, kompleks DUN baru sembilan tingkat itu dibina di atas tapak seluas 172 ekar dan menempatkan dewan santapan negeri yang mampu menampung 1,000 orang.
“Kompleks DUN bernilai RM296.5 juta itu juga mempunyai padang perhimpunan, tebingan dan pelbagai kemudahan teknologi canggih,” katanya.
Asfia yakin dengan terbinanya kompleks DUN baru itu akan menjadi lambang kebanggaan rakyat Sarawak sebagai ‘payung negeri’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan