Waktu Sekarang

Khamis, 8 November 2007

Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda PBB ke 11(Bhgn 1)

Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda PBB ke 11 telah diadakan di Miri pada 9 hingga 11 November 2007.
Pergerakan Pemuda PBB N46 Dudong telah menghantar 3 orang perwakilan dan 2 orang pemerhati ke Mesyuarat tersebut yang diketuai oleh Sdra Abdul Ghani Hj Sulhi, Sdra Suhardy Hj Busserah, Sdra Nusyirwan Adil Jamali, Sdra Jamalie Kadir dan Sdra Basri Mat.
Kami berangkat dari Sibu kira-kira jam 8:30 pagi telah singgah di Bandar Bintulu kira-kira jam 11:00 pagi untuk makan tengahari.
Kami bertolak dari Bintulu kira-kira jam 12:00 tengahari menggunakan jalan pesisir yang baru. Di sepanjang perjalanan, kami telah melihat beberapa perubahan dan pembangunan yang telah dilakukan terutamanya Kelapa Sawit. Perladangan kelapa sawit telah diusahakan dengan pesat bagi meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan sekeliling dan juga negeri Sarawak.

Kami sampai di Miri kira-kira jam 2:30 petang dan singgah sebentar di Luak Esplanade untuk berehat dan menghilang kepenatan. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan kami ke tempat pengginapan iaitu di Hotel Mega.
Di pintu masuk Hotel Mega telah terbentang banner Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda & Wanita. Perasaan kami yang letih pada mulanya telah bertukar suatu perasaan yang penuh bersemangat untuk berjumpa dengan saudara-saudara seperjuangan. Kami telah disambut oleh beberapa orang wakil semasa ketibaan kami di lobi Hotel.




(Di hadapan Hotel Mega)

Sebaik sahaja selesai pendaftaran dan menyimpan barang-barang kami di bilik, kami terus pergi ke Hotel Imperial untuk menguruskan pendaftaran Sdra Basri Mat.
Sdra Abdul Ghani & Sdra Suhardy mengambil kesempatan untuk bergambar di hadapan Hotel Imperial.

Acara seterusnya adalah Majlis Suai Kenal delegasi di Hotel Mega.

Tiada ulasan: