Pada tahun 2005 Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak telah mengadakan program Jelajah Sarawak yang bermula di Kuching dan berakhir di Miri.
Program tersebut telah bermula pada 2 Ogos 2005 and berakhir pada 7 Ogos 2005.
Pergerakan Pemuda PBB Dudong juga telah turut sama menyertai Jelajah Sarawak tersebut.
Ketua Pemuda saudara Abdul Ghani dan Timbalan Pemuda saudara Suhardy dan juga saudara Ismail telah bersama-sama turut serta mengikuti rombongan jelajah tersebut dari Sibu.
Rombongan jelajah tersebut telah singgah di Sibu pada 3 Ogos 2005 dan telah disambut dengan meriah oleh Pemuda-pemuda PBB Sibu yang diketuai oleh Saudara Abg Morni di Hotel Kingwood.
Pada 4 Ogos 2005, kesemua peserta telah bortolak ke Mukah menggunakan kenderaan masing-masing. Sebelum bertolak, upacara penyampaian cenderahati telah diadakan oleh Saudara Abg Morni kepada Timbalan Ketua Pemuda PBB Negeri Sarawak iaitu YB Abdul Karim Rahman Hamzah.
Ekspedisi tersebut telah membuat persinggahan di Mukah (bermalam), Tatau, Bintulu (Bermalam), Bekenu dan akhir sekali di Miri
Bermalam di Chalet 5 bintang di tepi pantai Mukah. Hehehehe........ Malam tak perlu guna aircond lagi. Gerenti sejuk. Masalahnya...... nyamuk......
Pekan Mukah
Persimpangan Selangau Mukah. Berehat sekejap untuk melakukan rutin yang wajib dilakukan oleh sesetengah peserta.
Singgah di Tatau
Bermalam di Bintulu. Sebelum sempat tidur, kami semua dihiburkan dengan pelbagai acara di lapangan tebang lama Bintulu. Bermacam-macam persembahan yang dipersembahkan.
Membersih pantai di Miri yang telah sentiasa bersih.
Sesi foto bersama YB Hj Fadillah Hj Yusuf.
Jamuan Makan Malam di Miri
Sesi foto bersama YB Abdul Karim Rahman Hamzah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan